Assaalamulaikum...lama nya x update blog..sebab malas nak menaip..hehe..
Selamat Hari Raya.. ^_^
Inilah kali pertama aku raya berjauhan dari family..dulu masa diploma, tak kira raya apa, tak kira cuti kejap, tak kira exam, aku pasti pulang ke Melaka sambut raya dengan family..
Memang rasa sangat lain..sedih, rindu, homesick, sunyi, semua feeling la..
Dulu seminggu hampir nak raya sibuk dengan :
1. Buat kek batik (trademark aku)
2. Iron langsir (sebab langsir umah aku warna terang n nampak sangat berkedut)
3. Iron baju raya tuk satu family aku utk raya pertama, kedua, ketiga
4. Tolong mak aku masak Rendang Kicap, Sate Goreng dan Kuah Kacang, Sambal Goreng (menu tak pernah berubah sejak 5 tahun lepas)
Macam-macam lagi lah bila cakap bab raya ni..tapi tahun ni, seminggu nak raya sampai la sehari sebelum raya aku sibuk dengan assignment. Petang raya baru aku kemas rumah itupun sebab budak-budak melayu kat sini nak guna rumah aku.
Mula-mula memang tak rasa pape..heartless kejap..masa budak2 lelaki ni takbir raya malam raya tu barulah datang semua perasaan tu..air mata meleleh tanpa dipinta atau dibuat2..memang aku ada kat sini sebab family tapi family aku tak ada kat sini..bercampur-campur perasaan masa tu..
Barulah aku faham perasaan anak rantau.. :')
Dekat sini kawan2 dan senior2 jadi family kami.kalau raya sorang2 mau menangis je sepanjang masa kot.hee
|
Keluarga Kecil Kami |
Rumah aku jadi tempat berkumpul untuk malam raya, rewang raya dan acara kemuncak sambutan raya Masyarakat Melayu Launnie. Terima kasih sebab sudi datang semua dan maaf atas semua kekurangan.
|
Aku, Kak Farhana (DR in the making) dan Huda |
|
Sate ayam dan kambing |
|
Gambar keluarga mungkin hehe |
|
Pelita jadi penerang utk bakar Sate |
Habis semua acara di rumah kami, esoknya kami berehat dulu. Sabtu pula sambung open house dekat rumah kak Syima dan ahad dirumah kak Fatin..penuh jadual makan padahal Isnin ade submission..
Alhamdulillah..semua open house dapat hadir dan semua assignment dapat submitted on time XD
|
Tetamu-tetamu rumah Kak Syima |
|
Aisyah, aku, Huda, Kak Asma'(DR in the making) dan Kak Farhana (same) |
|
Gugirl Launnie(some) |
|
Haziem, Kak Fatin (senior n tuan tanah) |
|
Tuan Rumah n chef-chef |
|
Aku, Mun, Huda dan Kak Salma(tuan tanah) |
|
Aku dan Kak Syima |
Sabtu minggu lepas (17 Ogos 2013), kitorang ramai2 pergi Hobart untuk open house Tasmania Malaysian Society kt TUU, UTAS..Dapat jumpa member2 Hobart n Iffa (College mate KPMBP)..Balik dari open house, kitorg jalan2 kt bandar Hobart dan Waterfront Hobart..walaupun sejuk sangat, kami tetap seronok.
|
Singgah di Ross (Best Scallop Pie Ever) |
|
Ladies Night |
|
Iffa dan Aku |
|
KPMBP Generation in Tasmania |
Terharu masa Iffa nangis dan peluk aku. Di bumi Tasmania ni, banyak aku pelajar setelah hampir enam bulan berada disini. "Friends for Life". Itulah istilah aku gelarkan pada mereka semua. Terima kasih dan Syukur pada-Mu Allah sebab beri aku peluang berada di sini. Alhamdulillah.
Lagi setahun je lagi. Insyaallah Allah akan permudahkan urusan ku. Amin