Saturday, March 21, 2015

Antara Mimpi dan Realiti

Jujurnya, aku mimpikan kau.
Sudah tiga malam berturut-turut.
Tapi mimpi malam tadi yang paling buat aku hampir menangis.
Malam tadi aku bermimpi kau meminang aku.
Tanpa menunggu jawapan dari aku,
 orang keliling aku (kawan rapat dan keluarga) telah mengatakan
yang aku setuju dengan lamaran kau
Aku terjaga dari lenaku
Hampir menitis air mataku
"Andai mimpi itu adalah realiti, pasti aku lah orang yang paling bahagia"
Aku bangun dan terus mengambil wuduk lalu menunaikan solat Subuh

*sekadar hiasan*
Seharian otak aku memainkan mimpi itu di fikiran.
Aku tak mampu menahan diri aku dari memikirkannya
Apatah lagi setelah aku terbaca nukilan kau tempoh hari.
Aku 'syok' sendiri ke?
Boleh tak aku nak pilih mimpi lebih dari realiti?
Kerana realitinya lebih menyakitkan.


"Won't you stay with me?
Cause you're all I need"


No comments:

Post a Comment

Search This Blog